Monday, January 10, 2011

11 Januari 2011

Pagi ni..aku mulakan dengan solat Subuh sebelum semua tugas.. selesai zikir munajat, aku layang doa kudus kehadrat Yang Esa...hendaknya hari yang aku lalui hari ini lebih baik dari semalam. Sesungguhnya semua insan mengharapkan yang terbaik dlm kehidupan mereka. Teringat novel Badai Semalam hasil tangan Khadijah Hashim, ianya memperlihatkan kesungguhan Mazni anak seorang amah yang bernikah dengan anak majikan ibunya berjuang untuk hidup...

Meeting Oh Meeting...~

10 Januari 2011

Memulakan tugas seperti biasa, selesai saja perhimpunan mingguan, kami diingatkan mengenai lawatan mengejut timbalan pengarah pelajaran Melaka baru. Serba sedikit persediaan perlu dibuat. Aku bergerak ke kelas seperti biasa dengan perasaan riang dan bersemangat. Kelas pertama aku bermula jam 09.15 sehingga 10.15 pagi. Wajah anak-anak yang mengharapkan kehadiran aku, begitu tulus...aku pandang mereka seikhlas mungkin.. Aduhh..!! bersihnya riak wajah yang tak berdosa itu..!! 


Kepada kalian murid-muridku...aku halalkan ilmu yang aku curahkan selama mana aku berkhidmat di sini. Semoga kalian menjadi generasi intelek, dapat beri manfaat kepada kedua orangtua juga agama dan watan yang kalian huni ini..! Helaian rancangan pengajaran aku selak, tertera di belakang.. mesyuarat Hal Ehwal Murid & Ko Kurikulum...! Alahai...meeting oh meeting...~ bermula jam 1.45 petang..! Dalam aku berkira-kira mengenai meeting, tetiba...handphone aku berdering lantang...!! Ya Allah...syukur alhamdullilah...dia masih mengingati aku..dalam kesibukkan tugas di tempat barunya.. Terimakasih..!!


Tidak banyak yang kami bualkan, sekadar bertanya khabar, kemudian bertukar cerita semasa tentang tugasan kami. Dia akan menghadiri meeting sehingga petang. Dengan nada luhur, kami satukan rindu...dlm syahdu..aku menangis.. kenapa mesti aku rindui dia yang sudah dimiliki kaum sejenisku..! Ya Allah...kuatkanlah semangat aku..! Sesungguhnya..aku amat rindukan dia...~

Aku ikuti meeting dengan penuh semangat, tanpa rasa penat..kami bertukar-tukar pandangan sesama guru.. Walaupun dalam hati ada rasa tidak puas hati dengan apa yang dicadangkan oleh pihak pentadbir, kami tetap menganggukkan kepala tanda setuju... ( rela dalam paksa ). Angguk maknanya tugas kami bertambah.. bukan saja tugas utama di kelas, tugas perkeranian, tugas-tugas sampingan yang lain...kami tetap redha...!! Inilah kerjaya sebagai Guru...! Nampak mudah..pada sesetengah mereka yang tidak faham..ianya amat berat..

Setelah selesai semua perkara dibincang dan dibangkitkan, mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang. Aku bersegera balik...baru terasa lapar yang amat sangat, kulit perutku pedih.. Aduhh...!! Rupa-rupanya aku tidak jamah makanan sejak dari pagi tadi...!! Kenapa aku boleh terlupa makan ni..? Bergegas balik...harap-harap aku tidak menggigil seperti kebiasaan kalau terlewat makan...

Sunday, January 9, 2011

9 Januari 2011

Tiada nikmat yang lebih diinginkan oleh seorang lelaki dari Allah selain mendapat isteri yang solehah yang akan dia didik dengan iman dan Islam yang terpahat dalam diri.. Nilainya sangat berharga dan sanggup dia tukarnya dengan dunia dan seisinya... Dia takkan pernah jemu mendoakan agar wanita itu menjadi wanita syurga buatnya..

Saturday, January 8, 2011

Merenung Ombak Sambil Muhasabah Diri

Adakah apa yang aku lakukan ini tepat ?? Aduhh...ya Tuhan berikan aku sedikit ruang untuk bernyawa..!! Berikan aku hidayahMu ya Allah...Ke laut lepas aku luahkan ape yang terbuku di dada.. Adakah aku berdosa menyayangi suami orang?? 

Keterluangan masa sebegini, selalunya membawa aku muhasabah diri...bila terjebak menyayangi dia !! Adakah semua LELAKI milik mutlak untuk seorang perempuan sahaja...? Adakah setiap Lelaki yang diciptakan Tuhan adalah muktamad hanya untuk seorang perempuan??

Ya Allah...!! Aku mohon petunjukMu..! Setiap kali berlaku pertelingkahan antara aku dan dia, aku kerap dipersalahkan..namun aku tetap bersabar! pada aku mengalah bukan bermakna aku salah...sebagaimana pesan arwah ibu, aku jadi pendengar yang setia bila setiap kali dihamburkan dgn kata2 nista..! persoalannya... kenapa aku masih bersabar? Aku didik diri jadi insan penyabar, airmata jadi penawar meredakan setiap api kemarahan yang terpendam..cuma aku berharap kemarahan yang terpendam tidak menjadi lara dendam yang berpanjangan..!


Dalam lara , aku panjatkan doa tulus...agar dia berdiri sebagai Lelaki yang punyai prinsip yang teguh..tidak mudah diganggu gugat oleh kerenah isterinya.. Pada aku, selagi suami yang menyuap dan memberi nafkah zahir batin yang cukup..kewajipan isteri adalah mentaati suami, BUKAN suami mentaati isteri.. Aku diam seketika..bila die luahkan ape yang terjadi antara dia dan isterinya..kerana nyata...terang lagi bersuluh DIA lelaki yang tidak ada prinsip..!! perlukah aku terus bersama menyokong dia..?? perlukah aku menarik diri..?? perlukah aku terus bertahan..??


Sedang...selama ini aku terkenal dgn perempuan yang kuat semangat.. tetapi kemana hilangnya semangat dan jati diri aku..?? Kuatkah aku bila menerima secebis sms semalam..~ ianya membuat aku terhimpun dalam lara yang berpanjangan..bila aku persoalkan.. katanya sms itu atas ARAHAN isterinya..!! Aduhai Lelaki...!!

Aku Dan Hari-hari Yang Lalu...

9 Januari 2011


Hahaha...!! apa sudah jadi ni.. adakah aku..terlupa, lalai atau leka sehingga aku gagal mengingati kata laluan email..!! Jawapannya...aku terpaksa membina email baru bagi membolehkan aku kembali aktif menulis di layar ini..

Selingkar kisah yg teramat sukar untuk disingkap..hanya bait-bait doa kudus aku layangkan kepangkuan Yang Esa..hendaknya hari2 mendatang lebih baik dari hari2 yang lalu...~ kedatangan Awal Muharam aku sambut sepi begitu juga dgn 2011...tanpa sebarang azam..cuma dlm hati aku bertekad untuk terus berbakti mendidik dan mencurahkan setitik ilmu yang tak seberapa ini kepada anak bangsa..